Pelancongan


PELANCONGAN 2012



Pada 06 Julai 2012 hingga 08 Julai 2012, Koperasi Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad telah mengadakan program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Pelancongan kali ini ke Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Seramai 4 orang guru dan 37 orang pelajar yang mengikuti program PKS ini. Koperasi SMK Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad telah memilih Sekolah Ahmad Boestamam, Setiawan, Perak sebagai sekolah hos. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah berkumpul diperkarangan kawasan sekolah pada jam 1.00 pagi. Kami bertolak ke Lumut jam 1.30 pagi dengan menaiki bas sekolah.


Perjalanan yang ditempoh hampir 8 jam kerana kami pergi dengan keadaan yang santai. Persinggahan pertama kami ialah di Marina Island. Di sana, kami melihat kecantikan pulau dan kapal-kapal besar.

Selepas itu, kami berhenti untuk makan tengah hari di Pulau Batik. Selepas makan, kami teruskan perjalanan ke Teluk Batik untuk menikmati keindahan pulau yang terdapat di situ. Selain itu, kami juga menanti kedatangan guru dan pelajar daripada sekolah hos.

Selepas singgah di Teluk Batik, kami berjumpa dengan guru dan pelajar daripada sekolah hos. Maka, bermulalah program PKS kami. Kami di bawa ke Taman Paya Bakau. Di sana terdapat banyak monyet-monyet yang jinak. Monyet-monyet ini sangat sensitif dengan bunyi. Oleh itu, kami diingatkan untuk tidak membawa apa-apa barang kecuali kamera ketika berada di tempat sana. Kami telah diberi penerangan ketika melihat pokok-pokok paya bakau. Ada pokok yang ditanam pada tahun 2008. Di sini juga kami dapat merasai menaiki jambatan gantung.

Setelah selesai melihat pokok-pokok paya bakau dan monyet-monyet, pelajar-pelajar dan guru di bawa pula ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari. Di sana, kami dapat mengenali pelbagai jenis speisis penyu dan cara penyu-penyu tersebut bertelur. Tibanya kami di sana, kami disambut dengan balingan bunga rampai dan di beri sebungkus cenderahati.

Di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, kami diberi penerangan tentang pentu-penyu yang berada di sini. Terdapat tiga jenis penyu iaiatu Penyu Karak, Penyu Lipas, dan Penyu Agar. Kami juga diberitahu tentang cara untuk mengenali penyu jantan dan penyu betina. Pnyu jantan mempunyai ekor yang panjang, menetas dalam masa 60 hari, dan duduk di kawasan yang tidak panas iaiu di dalam khemah. Manakala penyu betina mempunyai ekor yang pendek, menetas dalam masa 45 hari, dan duduk di kawasan ya g panas iaitu di luar khemah. Penyu-penyu ini boleh bertelur  selama 30 tahun dan jangka hayat penyu adalah 150 tahun. Ditanam sedalam dua kaki dan saiz telur penyu adalah sebesar bola ping pong. Selain itu kami juga dapat melihat kura-kura dan tuntun.

Seterusnya, kami dijemput untuk menjamu selera. Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Kilang Sime Darby ( Go Fresh Guava Pink) untuk melihat lading pink guava dan penghasilan jus pink guava.

Jus Pink Guava ini dikatakan minuman kesihatan kerana mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ialah, 5x lebih vitamin C daripada buah oren, Lebih serat daripada epal, pisang, oren dan bertik, baik untuk jantung, kulit dan sakit perut, tinggi kalsium dan zat besi, dan dipercayai boleh merawat demam denggi. Pink guava juga terdapat lycopene. Lycopene ialah antioksida yang melawan radikal bebas, membantu menghasilkan dan membaik pulih selserta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Setelah seharian berjalan, kami semua di bawa ke tempat penginapan iaitu di Chalet, Kampung Baru. Di sana, kami dapat merehatkan diri, menunaikan solat, dan makan malam sebelum meneruskan lagi aktiviti PKS. Pada sebelah malamnya, kami di bawa ke Pekan Lumut untuk bersantai-santai sambil membeli belah. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang pelajar hos dan guru pengiring. Di Pekan Lumut ini juga kami di beri sedikit sebanyak penerangan tentang tempat-tempat yang ada di sana.

Kami semua pulang semula ke chalet pada pukul 10.30 malam untuk berehat bagi mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya pada hari esok di Pulau Pangkor. Keesokkan harinya, 07 Julai 2012, kami semua telah bertolak ke Jeti Lumut jam 7.45pagi untuk ke Pulau Pangkor. Namun begitu, sebelum bertolak, pelaajar-pelajar dan guru-guru mengambil gambar sebagai kenangan di Chalet Kampung Baru, Lumut.

Setibanya di Jeti, kami diberikan sarapan sebelum menaiki feri. Perjalanan yang diambil untuk tiba di Pulau Pangkor ialah sekitar 20 minit.

Setelah tiba di Pulau Pangkor, kami dibawa ke tempat-tempat bersejarah dengan menaiki van. Tempat pertama yang kami lawati ialah Kota Belanda. Kemudiaan. Kami dapat melihat batu bersurat yang terdapat di sana. Selepas itu kami dibawa ke galeri yag menceritakan tentang sejarah-sejarah negeri Perak.


Setelah penat melawat Pulau Pangkor, kami pergi ke tampat penginapan pula, iaitu di Chalet
Selepas berehat, aktiviti diteruskan lagi dengan acara explorace. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar telah di bahagikan kepada lima buah kumpulan. 

Setelah selesai melaksanakan aktiviti explorace, pelajar-pelajar pulang ke bilik masing-masing untuk bersihkan diri dan selepas itu, mereka semua akan kembali ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Pada sebelah malamnya, aktiviti makan malam dan BBQ di adakan. Pelajar-pelajar dan guru-guru menikmati hidangan yang telah disediaka oleh pihak hos. Seterusnya, aktiviti Malam Kebudayaan. Aktiviti ini dimulakan dengan ice-breaking, kemudian diikuti dengan persembahan daripada pihak hos, selepas itu, persembahan daripada sekolah tamu dan akhir sekali malam kebudayaan berakhir dengan nyanyian lagu rakyat negeri Perak. Aktiviti selesai kira-kira jam 11.00 malam.

Pada keesokan harinya, aktiviti dimulakan dengan senaman ringan sebelum melakukan water cobfident dengan pihak bomba. Selepqas itu, pihak bomba memberikan sedikit penerangan sebelum memulakan water confident.

Seterusnya, aktiviti snorkeling. Sepanjang perjalanan ke tempat snorkeling, pelajar-pelajar dan guru-guru di perkenalkan dengan pelbagai jenis pulau yang yang terdapat di sepanjang perjalanan.

Selepas itu,  kami semua pulang ke chalet. Pada pukul 1.30 tengah hari, kami check out daripada chalet untuk pergi ke Jeti dan pulang ke Muar. Namun begitu, sebelum bertolak ke jeti, terdapat majlis penutupan. Dalam majlis ini, ucapan diberikan oleh kedu-dua pihak iaitu sekolah hos dan sekolah tamu, acara penyampaian hadiah kepada pemeneng aktiviti explorace, dan penyampaian cenderahati. Kami bertolak ke jeti kira-kira jam 2.00 petang. Seterusnya, setelah sampai di Jeti, kami di beri masa selama satu jam untuk membeli belah, dan makan. Kami bertolak pulang ke Muar pada pukul 4.00 petang dan sampai di sekolah jam 11.30 malam.


PELANCONGAN 2011

Lawatan ke Negeri Sarawak
       (Aktiviti Pelancongan)


Pada  19 Jun hingga 20 Jun 2011 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad telah mengadakan lawatan ke Negeri Sarawak. Seramai 29 orang  anggota koperasi bersama 12 orang guru telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melaksanakan aktiviti pelancongan sepertimana yang digalakkan oleh ANGKASA dan juga sebagai TAMU kepada Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Sarawak ( sekolah HOS) di samping  menjadi salah satu dari aktiviti ”Hari Koperasi Sekolah 2011” bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2011 dan kemuncak sambutan tersebut ialah pada Sabtu;  25 Jun  2011.

Perbelanjaan bagi menampung kesemua peserta adalah tanggungjawab koperasi SMK Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad

Bermula dari SMK. Dato Sri Amar DiRaja Muar  jam  3.00 pagi Jumaat; 17 Jun 2011, peserta lawatan menaiki bas terus ke LCCT. Pada jam 5.30 pagi peserta telah tiba di LCCT dan menunaikan tanggungjawab solat subuh. Seterusnya peserta ke kaunter penimbang bagi mempastikan beg masing-masing tidak melebihi berat yang ditetapkan iaitu 15 Kg. Sementara beg sandang tidak melebihi 7 Kg. Kemudian pada pukul 8.00 pagi peserta ke pintu Balai Berlepas dan pada pukul 8.20 pagi peserta berlepas ke Sarawak dengan menaiki pesawat Air-Asia bernombor AK5202. Pada ketika ini para peserta tersenyum lebar kerana kebanyakan mereka pertama kali menaiki kapalterbang.

Pada pukul 10.05 pagi pesawat telah mendarat di Lapangan Terbang Kuching,Sarawak. Kesemua peserta telah disambut oleh sekolah Hos. Kemudian kami menaiki bas yang telah disediakan oleh sekolah Hos ke kilang pasu Sarawak. Pelbagai jenis pasu ada di sini dan kebanyakannya mempunyai ukiran yang unik serta tertera perkataan ”Sarawak”. Setelah itu peserta di bawa ke masjid negeri untuk makan tengahari dan solat zohor/solat Jumaat. Kemudian peserta di bawa melawat ke UNIMAS . Di sini kami melawat ke Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Kami juga ddiberi taklimat umum Fakulti dan seterusnya taklimat ”Hutan Hujan Tropika” . Seterusnya kami dibawa melawat ke makmal dan di sini kami berpeluang melihat pelbagai jenis serangga yang telah di awetkan serta mempelajari bagaimana menjalankan pembiakan melalui kultur sel dan tisu. Kemudian kami di bawa pula ke Kuching Tower. Setelah melihat dan melawat kawasan ini kami di bawa ke tempat penginapan iaitu ke Asrama Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah. Pendaftaran penginapan dilakukan oleh Ahli jawatankuasa sambutan sekolah hos. Tepat jam 8.30 malam kami dibawa pula melawat ”Kuching at Nite”

Pada hari Sabtu; 18 Jun 2011 tepat jam 6.30 pagi,  peserta menaiki bas menuju ke Serikin, Sarawak. Kami membeli-belah. Kemudian kami dibawa ke Gua Angin untuk berehat dan makan tengahari. Pada pukul 3.00 petang kami di bawa ke ”Cat Muzium”. Di sini terdapat pelbagai sejarah tentang Kuching dan pelbagai jenis replika kucing dipamerkan. Seterusnya jam 4.30 petang kami dibawa ke kilang kek dan berpeluang merasa pelbagai jenis kek lapis Sarawak dan yang paling istimewa dapat melakukan sendiri cara membuat kek lapis Sarawak.Kemudian kami di beri makan mi kolok yang terkenal di Sarawak di restoran yang berdekatan.

Pada jam 6.30 petang peserta kembali semula ke Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah untuk berehat. Pada malamnya diadakan pula ”Malam Kebudayaan”. SMK. Datuk Sri Amar DiRaja,Muar mempersembahkan Silat  dan Tarian Zapin yang merupakan warisan Negeri Johor manakala sekolah Hos mempersembahkan tarian Negeri Sarawak di mana peserta tarinya terdiri dari pelajar kaum Bidayuh, Ulu, Iban dan Melanau dengan memakai pakaian tradisional masing-masing. Di akhir persembahan kedua-dua buah sekolah menyanyi bersama-sama lagu Satu Malaysia.

Pada hari Ahad; 19 Jun 2011 pada jam 7.30 pagi peserta dibawa ke Pasar Tamu Satok. Di sini para peserta dengan ditemani guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah Hos menjalankan aktiviti membeli-belah. Pada pukul 10.00 pagi kami dibawa pula ke Kampung Budaya. Di sini kami berpeluang melihat dan menaiki rumah-rumah tradisional suku kaum di Sarawak iaitu Iban, Bidayuh, Melanau dan Ulu. Kami juga diberi kesempatan untuk menyumpit dan tidak ketinggalan juga memasuki Dewan Budaya untuk menyaksikan pelbagai persembahan. Kemudian kami dibawa pula ke Main Bazar dan India Street untuk membeli-belah dan makan tengahari. Setelah itu kami dibawa balik ke sekolah Hos untuk berkemas supaya tidak terlewat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Akhirnya pada jam 5.30 petang peserta meninggalkan Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Pukul 8.15 malam kami menuju ke pintu Balai Berlepas kerana pesawat akan berlepas pada jam 8.50 malam. Kali ini kami menaiki pesawat Air Asia bernombor AK5219. Pada pukul 10.35 malam kami mendarat di LCCT, Kuala Lumpur. Penerbangan balik tidak seindah pergi kerana kami mengalami cuaca buruk menyebabkan pesawat agak gegar. Lebih kurang jam 11.00 malam bas yang kami sewa tiba dan kami mula bertolak ke Muar. Akhirnya pada jam 2.45 pagi kami sampai ke SMK.Dato’ Sri Amar DiRaja, Muar . Ibu bapa telah ramai menunggu anak masing-masing. Lawatan ke Negeri Sarawak meninggalkan 1001 kenangan manis kepada peserta lawatan dan mereka mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada Tn Pengetua yang turut menyertai rombongan ini, guru Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad, Sekolah Hos Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, ANGKASA, Jabatan Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Johor .



PELANCONGAN 2010


Lawatan ke Negeri Perlis ,Pulau Dayang Bunting
dan Pulau Langkawi
       (Aktiviti Pelancongan)

Pada  25 Jun hingga 28 Julai 2010 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad telah mengadakan lawatan ke Negeri Perlis, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Langkawi. Seramai 30 orang  anggota koperasi bersama 14 orang guru telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melaksanakan aktiviti pelancongan sepertimana yang digalakkan oleh ANGKASA dan juga sebagai TAMU kepada SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit , Perlis ( sekolah HOS) di samping  menjadi salah satu dari aktiviti ”Hari Koperasi Sekolah 2010” yang mana kemuncak sambutan tersebut ialah bermula dari  27 Jun hingga 3 Julai 2010.

Perbelanjaan bagi menampung kesemua peserta adalah tanggungjawab koperasi SMK Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad dan juga hadiah dari ANGKASA sebanyak RM3,000.00 kerana mencapai tahap cemerlang ”LIMA BINTANG” di hari Koperasi Sekolah (HKS) 2009

Bermula dari SMK. Dato Sri Amar DiRaja jam  3.00 petang Jumaat; 25 Jun 2010, peserta lawatan menaiki bas terus ke Negeri Perlis. Dalam perjalanan peserta berhenti rehat di Cyberjaya dan Alamanda Putrajaya. Seterusnya pada jam 9.00 malam peserta meneruskan perjalanan ke Negeri Perlis. Pada pukul 7.30 pagi Sabtu; 26 Jun 2010 Peserta sampai ke sekolah HOS itu SMK. Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis.

Pada pukul 8.00 pagi pendaftaran penginapan dilakukan oleh Ahli jawatankuasa sambutan sekolah hos dan seterusnya peserta diberi sarapan pagi. Pada pukul 9.00 pagi Majlis Perasmian dan Taklimat program serta ’Ice Breaking” dilakukan oleh sekolah Hos. Tepat jam 9.30 pagi peserta dibawa ke tempat-tempat yang dirancang oleh sekolah Hos di seluruh Negeri Perlis. Lawatan pertama ke  Kilang HPA di mana peserta didedahkan kepada pembuatan dan pembungkusan serta pemasaran kopi radix serta produk-produk yang lain. Kemudian peserta dibawa ke rumah tokoh Negeri Perlis iaitu rumah Datuk Haji Wan Ahmad bin Wan Daud. Kemudian lawatan diteruskan ke Muzium Kota Kayang, Taman Ular dan juga Taman Herba. Kemudian pada jam 4.30 petang peserta dibawa pulang ke sekolah Hos . Pada jam 9.00 malam diadakan ’slide show’ Tokoh Negeri Perlis,  Sejarah dan keistimewaan Negeri Perlis, Sejarah serta kecemerlangan sekolah Hos. Kemudian diadakan pula persembahan kebudayaan.

Pada hari Ahad; 27 Jun 2010 tepat jam 8.00 pagi setelah berserapan pagi yang disediakan,  peserta menaiki bas menuju ke jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi. Seterusnya peserta menaiki bot laju ke I/Hoping Pulau Dayang Bunting, Beras Terbakar dan beri makan burung helang sehingga pukul 1.00 tengahari. Kemudian selepas makan tengahari  dan berehat peserta dibawa melawat ke sekitar Pekan Kuah, kilang Gamat, Makam Mahsuri , kereta kabel dan membeli belah terutamanya di kedai-kedai coklat dengan bas pelancongan Pulau Langkawi.
Di kilang gamat peserta  didedahkan bagaimana ubat-ubatan keluaran gamat diproses. Di makam Mahsuri ketibaan rombongan  disambut dengan persembahan ”caklempong.”Setelah itu mereka dibawa melawat rumah mahsuri, zoo mini, telaga mahsuri dan juga kedai atau gerai yang menjual cenderamata.

Pada jam 6.30 petang peserta kembali semula ke jeti Kuah untuk menaiki feri terakhir ke Kuala Perlis dan seterusnya kembali ke sekolah Hos.

Pada hari Isnin; 28 Jun 2010 peserta dibawa melawat ke Gua Kelam. Di sini peserta melakukan ’Treasure Hunt” dan juga memasuki Gua Kelam dengan kawalan dan perhatian seorang berpangkat leftenan yang bermurah hati menjadi pemandu pelancong. Kemudian peserta meninggalkan Gua Kelam dan meneruskan lawatan ke Padang Besar untuk berbelanja sebagai memenuhi kehendak sendiri, ibubapa dan juga kawan-kawan. Pada pukul 2.00 petang peserta kembali semula ke sekolah Hos untuk majlis penutup dan seterusnya bertolak ke Muar, Johor.

Lebih kurang 11 jam perjalanan,  akhirnya pada jam 2.00 malam peserta sampai ke SMK.Dato’ Sri Amar DiRaja, Muar . Ibu bapa telah ramai menunggu anak masing-masing. Lawatan ke Negeri Perlis, Pulau Dayang Bunting , Pulau Langkawi meninggalkan 1001 kenangan manis kepada peserta lawatan dan mereka mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada Tn Pengetua yang turut menyertai rombongan ini, guru Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar DiRaja Muar Berhad, Sekolah Hos SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, kaki Bukit, Perlis, ANGKASA, Jabatan Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Johor .